HAKEKAT DIRI
Mengenal
diri itu adalah " Anak Kunci " umtuk mengenal allah SWT. Ada sebuah
Hadist yang mengatakan:
"Siapa yang kenal akan diri nya maka Ia akan mengenal
Allah SWT"
Firman
Allah SWT: Kami akan turunkan kepada merka tanda-tanda dalam dunia ini dan
dalam diri mereka sendiri,supaya hakekat itu beleh terdzhoir kepada mereka. (Al-Fusilat:
53)
Tidak
ada perkara yang lebih hampir dari diri sendiri, bagaimana anda hendak tahu perkara-perkara
yang lain? yang dimaksudkan dengan dengan mengenal diri itu bukanlah mengenal
bentuk lahir anda,badan,muka,kaki,tangan, dan laim2 anggta anda itu. Karena
mengenal semua perkara itu tidak akan membawa kita akan mengenal Allah SWT.
Apakah
ada di dalam diri anda itu?
Dari
mana anda datang?
Kemana
anda pergi?
Apakah
tujuan anda berada di dalam Dunia yang fana ini?
Apa
sebenarnya kebahagian dan Apakah sebenarnya derita?
Di
dalam setiap manusia memiliki 3 sifat: Ada yang bersifat Binatang, Iblis,
Malaikat. Anda perlu tau sifat yang mana yang perlu Ada dan yang tidak perlu.
Jika anda tidak tahu, maka tidaklah anda tahu dimana letak kebahagian itu.
Kerja binatang ialah makan,tidur ,dan berkelahi. jika anda inging mejadi
binatang maka buatlah itu sahaja. Iblis dan Syaitan itu sibuk hendak
menyesatkan Manusia, pamdai menipu, dan berpura-pura.Kalau anda inign menurut
mereka itu, buatlah sebagaimana kerja mereka itu. Malaikat sibuk dengan memikir
dan memandang keindahan ilahi. Mereka bebas dari sifat kebinatangan. Jika anda
ingin bersifat seperti sifat kemalaikatan, maka berusahalah menuju asal anda
itu agar dapat amda mengenali dan memikirkan Allah SWT yang sangat tinggi dan
bebas dari belenggu hawa nafsu. Anda harus tau mengapa anda dilengkapi dengan
sifat-sifat kebinatangan itu. Adakah sifat-sifat kebinatangan itu akan
menaklukan anda atau adakah anda menakluki mereka?. Dan dalam perjalanan anda
ke atas martabat yang tinggi itu, anda akan gunakan mereka sebagai tunggangan
dan sebagai senjata. Lankah pertama untuk mengenal diri ialah mengenal yang
sudah terdzohirkan yaitu badan; dan perkara yang batin ialah hati dan ruh. Yang
di maksud dengan "HATI" itu bukanlah segumpal daging yang terletak di
sebelah kiri badan. Yang dimaksud dengan "HATI" ialah suatu perkara yang
menggunakan semua keupayaan; yang lain itu hanyalah sebagai alat dan kaki
tangannya.Pada hakekat hati itu bukan termasuk dalam bidang Alam nyata (Alam
ijsam) tetapi adalah termasuk dalam Alam Ghaib. Ia datng ke alam nyata ini
ibarat pengembara yang menyelawat ke negri yg asing untuk bertujuan berniaga
dan akhirnya kembali juga ke negri asalnya. Mengenal perkara inilah dan
sifat-sifat itulah yang menjadi "Anak Kunci" untuk mengenal
Allah SWT.
Sedikit
idea tentang hakekat hati atau ruh ini bolehlah didapati dengan memejamkan mata
dan melupakan segara perkara yang lain kecuali diri sendiri. Dengan cara ini,
dia akan melihat tabiat atau keadaan "diri yang tidak terbatas itu".
Meninjau lebih dalam tentang ruh itu adalah dilarang pleh hukam. Dalam
Al-Qur'an ada diteramgkan: "Mereka bertanya kepadamu tentang ruh,
katakanlah ruh itu adalah dari Amar (perintah atau urusan) Tuhanku". (
Bani Israil : 85 )
Benarkah
bila kita mengenal "DIRI" maka kita akan mengenal Tuhan ??
Kita
semua tahu bahawa ujud nya roh! Tak ada sesiapa yang dapat menafikan
kenyataan ini, Kerana semasa Tuhan bertanya kepada sekelian Roh
"siapa kah Tuhan kamu" dengan sepontan sekelian Roh menjawab
"bahkan" yang membawa makna mereka telah pun mengenal Tuhan yang
esa.:
Kisah
Roh memasukki jasad Adam
Setelah
jasad Adam terbaring maka Tuhan telah memerintahkan Roh memasukki ke jasad
Adam, tetapi sebelum itu Roh telah bertanya "dimanakah harus aku
masukki, ya ALLAH" dan ALLAH pun menjawab "masuklah mana mana
yang kamu senangi" Maka masuk lah Roh melalui hidung dan dengan itu
maka bernafaslah kita melalui hidung.
Ini
menunjukkan bahawa sesudah Roh memasukki badan, maka barulah bermulanya
kehidupan kepada jasad dan terbukti di sini bahawa Roh lah yang dikatakan
penghidup kepada jasad, dan mati pada jasad ialah apabila Roh keluar apabila
sampai ajal nya.
Jasad
kasar kita ini terdiri dari 2 yaitu:
1.
Dihidupkan
Apakah
maksud dihidupkan dan bahagian mana? Yang dihidupkan ialah Jasad kasar kita
ini, ia nya di hidupkan oleh ""Roh"" yang berada di dalam
Jasad. "Roh" memasukki jasad semasa kita 100 hari dalam rahim ibu
kita. "Aku tiupkan sebagian dari roh ku" kata firman Allah. Sejak itu
lah kita hidup di dalam rahim ibu kita dan kemudian di lahirkan kedunia dan
terus menjalankan kehidupan dari bayi hingga lah akhir hayat.
2.
Menghidupkan
Yang
menghidupkan ialah roh, yang datangnya (diciptakan) dari Allah, yang memasuki
jasad dan terus hidup, tugas roh ialah menghidupkan jasad tetapi sayang nya
jasad tidak langsung terfikir bahawa roh lah yang hidup sebenar benar hidup dan
menghidupkan jasad yang bila mana roh meninggalkan nya maka matilah dia di
panggil orang dan di tanam atau di bakar.
MATI
IALAH APABILA ROH MENINGGALKAN JASAD
Jadi
siapakan yang berkepentingan disini, tentunya jasad kerana tanpa roh maka jasad
tidak bermaana langsung.
Jasad
perlukan roh untuk hidup tapi kenapa roh tidak dipedulikan semasa hidupnya?
Perlukah
roh di kenali?
Sebelum
mengenal Roh haruslah kita mengenal "DIRI"
"BARANG
SIAPA MENGENAL "DIRI" MAKA KENALLAH
DIA AKAN TUHAN NYA"
APA
KAH "DIRI" ITU"
Untuk
pengetahuan semua bahawa "DIRI" itu mendatang kemudian setelah roh
memasukki jasad, bagaimana ini berlaku?
Apabila
Roh berada di dalam Jasad maka perkembangan cahaya Roh itu yang memenuhi
dalaman Jasad keseluruhan nya, ini telah menyebabkan ujudnya "Diri"
yang berupa saperti jasad nya memenuhi ruang dalaman jasad nya..
Maka
ujudlah "Diri" sebenar "Diri" dan "DIRI"
ini lah yang harus di kenal.
(kenal
lah diri maka kenal tuhan)
BAGAIMANA
MENGENAL "DIRI" SEBENAR "DIRI"
Ada
berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal "DIRI" ini,
bergantung kepada perguruan dan kaedah guru guru mengajar kepada murid murid
nya. Semua perguruan ini betul dan cara apa sekali pun di
gunakan, tujuan nya satu ya itu untuk mengenal "DIRI" sebenar
"DIRI" .
Untuk
mengenal "DIRI" ini ada 3 cara:
- Terbuka dengan sendiri nya
- Ushakan sendiri untuk membukanya
- Dibukan oleh guru. (guru guru yang berpengalaman)
Apakah
yang di maksudkan “dibuka”
Di buka maksudnya ialah membukakan jalan jalan pancaran
cahaya "DIRI" itu hingga keluar dari jasad dan terpancarlah cahaya
"DIRI" itu keluar dari jasad melalui jalan jalan nya dan dengan rasa
yang bergetar getar pada jalan keluar nya, rasa ini dapat dirasakan dengan
nyata oleh murid murid yang mempelajari ilmu ini.
Ini
lah rahsia hidup kita dan "DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad
selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan
dirasai sepenuh nya oleh kita, kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba
guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.
Kenal
kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari
sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.
Banyak
lag persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI"
kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari
"DIRI" ini:
Dia
mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui
Dia
bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana
Dia
lah sebaik baik Guru
Kehidupan
sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian
Kesimpulan
nya kenali lah "DIRI" kita ini yang dia lah sebenar benar
"DIRI" dan kemukakan lah dia dalam segala urusan kita di dunia ini
sementara menunggu hari yang kekal abadi, kerana dia kekal kerana di kekalkan.
Ilmu
Mengenal "DIRI" ialah satu ilmu pengetahuan yang harus di ketahui
oleh semua orang kerana tiap tiap manusia membawanya di dalam jasad kasar
mereka, harus kah penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa
mengenali dan merasakan nya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru
kita sedar yang dia akan meninggalkan kita?????
Semoga
Allah selalu senantiasa memberikan kita taufik hidayah dan inayah nya kepada
kita semua. Salam hormat dan sayang dari KI HABIB ARIA WIBAWA untuk
kalian semua.